Monday, July 9, 2012

Gerakan Yahudi di Malaysia


Gerakan Yahudi telah meluas di seluruh dunia melalui berbagai-bagai pertubuhan sulit seperti yang telah diterangkan. Di Malaysia juga terdapat pertubuhan sulit ini yang berselindung di sebalik tabir pertubuhan atau badan kebajikan dan kemanusiaan. Free Missionery, Kelab Rotary dan Kelab Lion serta Bahai telahpun bertapak di Malaysia. Inilah sebabnya gerakan Islam tidak boleh bergerak dengan lancar. Gejala-gejala keruntuhan akhlak berleluasa dan fahaman sekularisme semakin hari semakin kuat.

Pertubuhan-pertubuhan ini terdapat di ibukota dan di daerah-daerah di seluruh Malausia. Pada suatu masa terdapat di sebuah hotel di ibukota satu perhimpunan Kelab Rotary. Ini bererti kelab ini bergerak dengan cergas. Pada malam Jumaat 4 Oktober 1974 Kelab Rotary telah mengadakan jamuan makan malam sempena persefahaman dunia yang bertempat di Ipoh, Perak dan dihadiri orang-orang kenamaan di tempat itu. Ajaran Bahai juga terdapat di negeri Kedah dan Kelab Lion pula bergerak dan meluas di seluruh Malaysia. Ini bererti gerakan Yahudi bermaharajalela dalam negara kita yang dicintai.

Rancangan Menghancurkan Islam dan Umat

Seorang peguam yang berbangsa Amerika yang beragama Yahudi iaitu Andre Clain telah membentangkan kepada masyarakat Amerika di New York bahawa protokol-protokol pendita Zionis sebenarnya satu gerakan sedunia yang dijalankan oleh majlis San Handren. Beliau juga telah menulis di dalam akhbar suara wanita Chicago pada tahun 1945. PBB yang terletak di New York bukanlah satu hasil kajian dan keputusan kongres yang berlangsung pada 1945 di San Fransisco tetapi adalah keputusan Khahila sebelum kongres tersebut.

Amerika sekarang dalam genggaman Khahila. Sir Henry Ford 1 (pengasas dan ketua syarikat motor Ford) telah menerbitkan petikan protokol Yahudi itu pada awal lagi. Menurut catitannya, pergerakan Yahudi sebagaimana yang diperjelaskan oleh Prof. Serges Alnilus dalam sebuah risalah yang bernama 'Protokol Zionis' yang dicetak pada tahun 1905 bahawa para cerdik pandai Yahudi telah membuat satu rancangan yang berupa teori untuk menjajah secara aman di seluruh dunia. Prof. Sergei Alnilus adalah rakyat Rusia yang merupakan seorang paderi gereja Ortodof. Daripada Prof. Sergei Alniluslah dunia mengetahui segala rahsia zionis itu dan buku-buku catitan rahsia Yahudi itu dipamerkan di muzium British pada tahun 1905.

Hasil muktamar paderi-paderi seluruh dunia De Faui Sazelic sejak tahun 1897 - 1905 adalah seperti berikut : -

  1. Melenyapkan sistem pemerintahan Islam.
  2. Menghapuskan Al-Quran atau mengaburi gambaran yang sebenar sehingga menjadi kabur.
  3. Hancurkan akhlak Islam, fikiran mereka, hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka menurut hawa nafsu.
  4. Melenyapkan persatuan muslim.
  5. Meragu-ragukan muslim terhadap agamanya.
  6. Melemahkan bangsa Arab.
  7. Mendirikan negara-negara diktator di negara-negara Islam.
  8. Pisahkan muslim dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan bangsa-bangsa barat.
  9. Menyekat tokoh-tokoh Islam dan tamatkan gerakannya serta menghinakan para ulama-ulama Islam.
  10. Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
  11. Menubuhkan seberapa banyak sekolah di merata-rata negara Islam dengan dipimpin oleh beberapa tenaga pengajar Kristian dan Yahudi.
  12. Menghantar sebanyak mungkin pengembang-pengembang agama Kristian ke seluruh dunia Islam.
  13. Membuka pintu seluas-luasnya kepada belia-belia Islam yang menyambung pelajaran ke negara-negara Kristian supaya dapat menguasai kebudayaan Kristian dan mereka kosong dengan prinsip-prinsip secara Islam.
  14. Mengeluarkan dan menyebarkan buku-buku yang boleh merosakkan belia-belia Islam dan melalaikan mereka daripada penumpuan kepada ilmu pengetahuan yang tulen.
  15. Menguasai pengajaran di negara-negara Islam dengan sistem sekular yang bebas dari agama dan akidah.
  16. Tindakan yang bersungguh-sungguh ke arah merosakkan belia-belia Islam dengan hidangan minuman keras, perempuan-perempuan pelacur, gambar-gambar bogel, kisah-kisah lucah, penyanyi-penyanyi dan kesenian muzik.
  17. Memonopoli semua kegiatan ekonomi, mengawal pusat-pusat membeli-belah dan kekayaan di negara-negara Islam.
  18. Menghidupkan semula tamadun lapuk seperti tamadun jahiliah yang dijadikan satu adat kebiasaan supaya menutup mata para belia Islam dan generasi baru Islam daripada melihat tamadun Islam di zaman yang silam.
  19. Mengubah fakta sejarah Islam dan mengaburi peristiwa-peristiwa serta membesarkan beberapa sudut kelemahan yang remeh-temeh sehingga belia-belia Islam benci kepada peristiwa-peristiwa yang tertentu yang akhirnya akan benci kepada Islam.
  20. Menciptakan fahaman-fahaman dan aliran serta dasar-dasar hidup duniawi, memesongkan parti-parti politik yang kosong dari roh agama dan menceraikan agama dengan kedaulatan.
  21. Memperalatkan Yahudi sebagai batu loncatan, diasaskan permusuhan ke atas Islam di Palestin kerana di situ asalnya pusat negara Islam.


Sebanyak 21 protokol Yahudi yang diringkaskan daripada 24 protokol iaitu keputusan dan cadangan pendita-pendita Yahudi mengenai cara-cara untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Mereka telah berjaya menjalankan segala rancangan mereka dan mereka telah berhasil meracuni dunia Islam. Umat Islam masih tidur dan masih lupa terhadap kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Kejatuhan negara-negara Islam dan ditakluki oleh orang bukan Islam serta dipecah-pecahkan mereka seperti kejatuhan Turki, penaklukan negara Mesir dn perpecahan Baghdad di samping Baitul Maqdis tanah suci umat Islam ke-3 diambil secara haram oleh rejim Israel adalah sebab umat Islam tidak patuh kepada hukum-hukum Allah dan leka dengan kemewahan dan kemegahan dunia serta lalai dengan nikmat-nikmat yang ada pada mereka. Maka akhir sekali mereka ditakluk dan ditindas.

Protokol ini dibuat pada tahun 1905. Sekarang kita berada di alaf baru. Sudah berapa tahun protokol ini dilaksanakan dan bagaimana dengan natijahnya terhadap umat Islam. Kita boleh lihat sendiri hasil-hasilnya. Apakah tindakan kita yang mengetahui peranan sebagai seorang muslim dan daie umat Islam pada masa akan datang ?


Monday, June 25, 2012

DINAR OH DINAR


Sudah lama sangsi dengan pengeluaran DINAR EMAS oleh kerajaan PAS Kelantan, bukan kerana ia dibuat oleh PAS, bukan kerana politik, tetapi kerana CARA ia dikeluarkan, yakni menggunakan platform dagangan sistem kewangan kapitalis sedia ada untuk mengaut keuntungan dengan "mengecop" emas agar berbentuk syiling untuk dijual kepada rakyat yang ditipu dengan slogan Islamik. Tidak ubah seperti membeli barangan kemas yang diperbuat daripada emas. Tidak membawa apa-apa impak kepada sistem kewangan dan ekonomi umat Islam Kelantan pun. Inilah hakikatnya individu dalam parti PAS yang konon berkonotasikan kepada Islam memperbodoh-bodohkan rakyat demi menyahut perut mereka sendiri dengan menjadikan rakyat sebagai kambing hitam. Rakyat menjadi mangsa keadaan. Kerajaan PAS lena diulit mimpi di atas penderitaan rakyat.

Saturday, June 2, 2012

BAGAIMANA NANTI MEKANISMA RCI SABAH?

KERAJAAN bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Beliau berkata kerajaan komited untuk menangani isu itu yang menurutnya mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah.
"Adalah diharapkan warga negeri Sabah akan mengambil manfaat daripada penubuhan RCI ini dan bersama-sama Kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah berkaitan," katanya dalam satu kenyataan.

Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

"Jabatan Peguam Negara telah diamanahkan untuk mengemukakan cadangan Terma Rujukan (TOR) dan draf asas telah disediakan.

"Bagi memastikan perjalanan RCI kelak mengambil kira pandangan semua pihak, saya telah meminta Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada semua pihak berhubung draf awal TOR sebelum ia dimuktamadkan," katanya.

Perdana Menteri berkata penubuhan RCI tersebut merupakan manifestasi iltizam kerajaan dalam menjunjung prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Dilaporkan, jumlah pendatang asing tanpa izin di Sabah dianggarkan menjangkau 500,000 orang. (Bernama)


Wednesday, May 30, 2012

Skandal Rasuah Ass-min Ali


Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tersungkur ke tanah jua. Itulah perumpamaan Melayu yang sering terngiang-ngiang diminda untuk dijadikan sebagai pedoman hidup. Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih-lebih. Itulah yang berlaku kepada Timbalan Presiden Parti Kelentong Rakyat (PKR) Azmin Ali yang terlibat dalam  skandal rasuah  semasa beliau memegang jawatan selaku Setiausaha 'Sulit' kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada ketika itu DS Anuwar Ibrahim. Perkara ini dibongkar oleh RPK. Adakah pendedahan yang dilakukan RPK juga dibayar oleh BN/UMNO? (merujuk kepada mentaliti cara  berfikir ahli yang melawan arus)




Manusia yang dapat dikategorikan sebagai 'anak derhaka' kepada ibunya yang sudah tidak dijenguk untuk beberapa tempoh yang lama. Dalam institusi agama Islam, syurga berada di bawah telapak kaki ibu. Kita hanya mampu mendoakan agar manusia seperti ini kembali ke pangkal jalan yang diredhai Allah SWT.

Pada kesempatan ini, dilampirkan  bahan siasatan  yang dapat dijadikan bukti dari pihak Badan Pencegahan Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang telah membuat siasatan rapi terhadap skandal rasuah yang pernah melibatkan Timbalan Presiden PKR tersebut. Namun, dipercayai tidak ada apa-apa tindakan dikenakan terhadapnya. Adakah ini juga salah BN/UMNO kerana tidak lakukan sebarang tindakan ke atas manusia seperti itu?

Monday, May 28, 2012

Kayanya Orang-orang Malaysia (WWW)

Kaya betul orang-orang Malaysia. Namun, ada segolongan manusia yang mempertikaikan dengan pembida plat WWW 1. Semacam tidak setuju bila Sultan Johor adalah pembida WWW 1 dengan harga Ringgit Malaysia Setengah Juta. Apa rasionalnya dengan membida nombor seperti itu? Sepatutnya sebagai orang yang duduk dalam negeri Melayu Beraja rasa bangga kerana Sultan sudah berubah. Jika tidak, Sultan hanya akan meminta sahaja nombor itu tanpa dikenakan apa-apa caj. Maka mulai sekarang rakyat tidak perlu risau kerana pernah suatu ketika dahulu Kementerian Pengangkutan melakukan bidaan nombor plat kereta maka suka hati sahaja diambil yang bukan sahaja 'sultan atau raja' tetapi kerabatnya.

Ranking Semasa Blog Pro Kerajaan



Sayangnya ALLAH pada kita



Entri pada kali ini berkaitan tentang perihal keagamaan. Semoga apa yang dikongsikan di sini mendapat manafaat serta pedoman bagi kita agar tidak lupa tiang nadi kehidupan 'agama'. 


Assalamualaikum wbt.

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Sayidina Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Sayidina Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: 
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." 
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Sayidina Jibrail alaihi salam (as) berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Sayidina Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Sayidina Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Sayidina Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Sayidina Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.

Wednesday, May 23, 2012

Debat Perdana ?



Berhadapan dengan pembangkang adalah satu masalah besar. Pihak pembangkang akan mengkritik apa-apa yang telah dilakukan oleh kerajaan, manakala pihak kerajaan terpaksa menyebutkan hal-hal yang tidak dibuat oleh pembangkang. Pembangkang berjanji akan membuat sesuatu, kerajaan pula terpaksa menerima kritikan atas apa-apa kesilapan yang telah dibuat. Ertinya, dalam perbahasan politik, pihak yang belum berbuat apa-apa lebih selamat keadaan dan beruntung berbanding mereka yang telah melakukannya.


Namun bila kita saksikan bersama-sama dari cara pentadbiran yang dijalankan oleh negeri-negeri pakatan pada hari ini kita sudah nampak terlalu banyak kelemahan yang masih wujud walaupun hal-hal yang hanya melibatkan kerajaan negeri bukan hal negara.


Perlu diingatkan untuk membangkang terlalu mudah dengan menyalahkan orang itu dan ini tetapi apabila diberi ruang untuk memerintah 4 buah negeri, hampir 4 tahun tiada apa yang mereka mampu lakukan dengan asyik menuding jari kepada Barisan Nasional semata-mata, bagaimana pula jika mereka diberi peluang bermimpi untuk menakluki Putrajaya? Sudah semestinya 10 tahun pun masih menyalahkan Barisan Nasional. 


Ekoran dari permintaan Rafizi mengatas-namakan pakatan pembangkang, mengajak YAB Perdana Menteri untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang yang gilakan kerusi Perdana Menteri. Berkenaan perdebatan Pengarah Strategik Keadilan dengan YB Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, ternyata Rafizi lebih bersikap auta dibandingkan dengan fakta isu PTPTN. Inikan pula Ketua Pembangkang dengan YAB Perdana Menteri. Apapun keadaannya, pembangkang bukanlah dikatakan pembangkang jika mereka tidak membangkang apa-apa sahaja yang baik dilakukan Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat. Kalau sudah dasarnya adalah pembangkang maka tetap jiwa pembangkang juga akhirnya.


Pesanan dari penulis, cadangan kepada YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najid tidak perlulah berdebat dengan Ketua Pembangkang Malaysia, hanya mensia-siakan masa sahaja.

Monday, May 21, 2012

IRSHAD MANJI HADIR KE MALAYSIA ATAS JEMPUTAN ANWAR IBRAHIM??

Kesinambungan dari pos sebelum ; benarkah ke ISLAM annya?

Selalunya, seseorang yang berpemikiran seperti Irshad Manji ini mempunyai pengalaman pahit dengan lelaki. Sama ada bapa yang abusive, suami yang mengecewakan, ustaz-ustaz yang menyakiti. Ia mempengaruhi paradigma hidupnya hingga semua yang ditentangnya mempunyai unsur lelaki.

Sama ada ulama lelaki, ustaz lelaki, musuh lelaki, kekasih lelaki... kelelakian itu wujud secara subliminal di belakang mindanya.

Agama hodoh di matanya kerana unsur male chauvinism.

Male Chauvinism adalah satu fitnah besar ke atas umat Islam kerana ia melahirkan manusia-manusia seperti Irshad Manji. Saya mengambil kes Irshad Manji ini sebagai peringatan kepada diri agar mempunyai empati yang lebih baik semasa berbicara tentang tanggungjawab-tanggungjawab beragama kepada bermasyarakat. Adakalanya kita boleh terlupa bahawa kita sedang berbicara dalam bahasa seorang LELAKI MUSLIM dan bukannya MUSLIM.

Orang Religious Scepticist seperti ini, hujah INTELEKTUAL tidak boleh dibalas dengan INTELEKTUAL. Ia hanya menambah ego. INTELEKTUAL beliau perlu dibalas dengan EMOTIONAL.


Buku “ Allah, Liberty, dan Love” oleh penulisnya Irshad Manji, seorang warganegara Canada merupakan aktivis feminis yang kini aktif menodai akidah ummat Islam. Hakikatnya, Irshad Manji bukan seorang reformer Islam melainkan seorang yang telah menodai ajaran agama Islam dan melecehkan Sayidina Rasulullah. (Dipetik dari Malaysiakini :"Hadis adalah ciptaan manusia. Undang-undang Islam juga ciptaan manusia" )


Irshad pernah mengarang buku yang menimbulkan kemarahan umat Islam di dunia yang berjudul “The Problem With Islam Today” yang mengandungi idealisme yang sama dengan Salman Rushdie, penulis novel “The Satanic Verses”. 


Jangan dilupa, Anwar Ibrahim juga pernah memuji penulis buku "The Satanic Verses" sebagai "profound writer" dalam majalah Asia Week, 11 November 1993. 

Wanita ini merupakan tokoh gay dan lesbian yang hendak membawa Islam kepada penghalalan gay dan lesbian di Malaysia. Kedatangan Irshad Manji dapat menimbulkan kesan negatif terhadap pemikiran dan tingkah laku ummat Muslim.

Memang tepat sekali Irshad Manji ini dihalang untuk membawa dakyah songsang ke negara ini. Kalau ditanya pada Ambiga dan Anwar mereka memang suka dengan Irshad Manji ini.

Are you a happy human?

Soalan untuk Irshad Manji jawab sebelum tidur di atas katilnya sendiri.

Saturday, May 19, 2012

DS Anwar Ibrahim adalah FREEMASON!

Dengan beberapa bukti yang ada, cukup kita menilai siapa dia Ketua Pembangkang Malaysia DS Anwar Ibrahim. Yang selama ini menafikan penglibatannya dengan yahudi laknatullah alaihi. 


Disertakan sekali beberapa laman sawang yang dapat dijadikan panduan untuk membuktikan Ketua Pembangkang Malaysia adalah dari organisasi gerakan bawah tanah yahudi laknatullah alaihi dalam bahasa arabnya " المـاسونية " atau Free-Mason.





Kenali lah musuh sebenar kita, agar tiada lagi pengkhianat di kalangan kita ummat ISLAM di Malaysia. Yang sanggup menggadaikan maruah agama dan bangsanya. Manusia seperti inikah diagung-agungkan oleh mereka?

BERSIH 3.0 Video Najib dimalukan di London


Bukan rasis atau membenci kaum lain, bahkan mempunya ramai kawan bangsa asing dan boleh hidup dan bergaul baik dengan mereka ini. Dulu mereka tidak biadab dan mereka boleh menerima keadaan kehidupan yang bertoleransi dan menghormati kaum Bumiputera sebagai kaum yang sedikit istimewa kerana tidak ada apa yang merugikan mereka. Tidak ada undang-undang yang meletakkan mereka di kelas yang sukar, sukar untuk anak anak merekan maju dalam pelajaran mahu pun sukar untuk mereka mencari kekayaan hidup. Malah mereka adalah rakyat yang bahagia yang memiliki keistimewaan kekuatan ekonomi dan hidup dalam masyarakat majmuk tidak menjadi masalah bagi mereka.


Hari ini ada kalangan mereka yang  kurang ajar kerana ada  kaum bumiputera yang membuka landasan istimewa untuk mereka dan membenarkan mereka berkongsi hak istimewa kaum bumiputera dan kini mereka nampak mereka boleh menjadi lebih istimewa dari bumiputera dan  mereka boleh menuntut hak sama rata dengan bumiputera malahan mahu lebih dari apa yang patut diperolehi kerana sikap kaum bumiputera yang mahu menghancurkan dan menggadaikan hak istimewa itu untuk menjadi pemerintah. Sanggup menghapuskan sistem beraja hanya kerana mahu jadi tuan Perdana Menteri Malaysia .

Lihat betapa  biadab rakyat Malaysia kaum itu di London dalam program PM. SYABAS PAS PKR DAN DAP  YANG  BERSUSAH PAYAH MELAHIRKAN RAKYAT BIADAB INI.




Benarkah ke-ISLAM-annya?


Ingat lagikah kita tentang manusia yang bernama Amina Wadud. Suatu ketika sebelum ini, beliau pernah menggemparkan dunia khasnya di Malaysia. Dr Amina Wadud adalah satu contoh kesan klasik penindasan ras dan gender yang dilalui di Amerika Syarikat. Dr Aminah membesar di Maryland, di utara Washington DC dan melalui perit penindasan ini. Baginya Islam adalah satu jalan keluar. Tapi masih dalam roh sekular. Jalan keluar yang dialami dan dipelajarinya tidak menunjukkan Islam ini sesuai dengan sistem sekular Amerika Syarikat. Oleh itu beliau inginkan agar ruang untuk merubah amalan dan kaedah pemikiran Islam ini diubah mengikut masa dan apa yang popular di negaranya. Termasuk kahwin sejenis?? Berhubungan sejenis??

Dan sekarang, muncul satu lagi manusia Irshad Manji. Manusia yang berusaha untuk memesongkan akidah ummat Islam di Malaysia. Adakah beliau ni aktivis Islam atau aktivis wanita atau aktivis lesbian? Dan Siapa kata Kerajaan Malaysia RESTRICT FREEDOM OF SPEECH? Sekarang ini, Irsyad Manji di beri kebenaran untuk berucap di KL & Selangor Chinese Assembly Hall.


Sayangnya ramai termasuk Irshad Manji dan Dr Aminah lupa bahawa setiap gerak langkah dan tutur kata dari mulut Sayidina Rasulullah itu adalah keramat, yakni menjadi hukum dan amalan untuk mereka yang bersaksikan baginda sebagai Rasul dan Nabi akhir zaman. Ramai terlupa, Quran dan sunnah Rasulullah adalah ikutan sehinggalah hari kiamat. Ramai terleka kerana tenggelam dalam budaya dan denyutan nadi sistem sekular.
Mungkin kita juga perlu sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sebelum nyawa meninggalkan jasad kita.


Friday, May 4, 2012

Bongkar Kesesatan dan bahaya fahaman Sesat SYIAH..!!

Saban hari telinga, mata serta mulut kita sentiasa dimomokkan dengan isu-isu yang tiada berkesudahan berkaitan dunia politik tanah air. Sesekali beralih tentang keagamaan. Kita kurang peka ada gerakan yang sedang menghancurkan kubu aqidah kita pegangan Al Quran dan Hadis. Yang dimaksudkan di sini adalah gerakan fahaman Wahabi dan Syiah. Dua fahaman ini ibarat anai-anai yang bakal menghancurkan kedamaian umat Islam di seluruh dunia. Fahaman Syiah semakin berani menonjolkan diri walaupun kerajaan sudah memfatwakan fahaman Syiah adalah sesat. Pada kali ini, sama-sama kita melihat serta menilai siri pembongkaran fahaman sesat Syiah. Semoga video ini bermanfaat kepada pencari kebenaran. Awasilah anak-anak anda daripada terjebak di dalam gejala ajaran fahaman sesat Syiah, semoga dengan usaha ini sama-sama membenteras ajaran SYIAH daripada menular di dalam negara kita yang tercinta ini.


Sebar-sebarkan...



Thursday, May 3, 2012

BERSIH 3.0 ??


Pemberontakkan atau bughah merupakan suatu perbuatan yang sangat bercanggah dengan ajaran yang disarankan oleh Islam. Berdasarkan hadis serta pandangan para ulama, umat Islam digesa supaya mengelakkan diri daripada perbuatan bughah sebaliknya berusaha mewujud dan melindungi maslahat umum daripada perbuatan yang merosakkan keharmonian hidup mereka. Perbuatan bughah dari sudut Islam adalah sama nilainya dengan kesalahan jenayah lain malah ia lebih merbahaya kerana ia akan mengheret masyarakat kepada kerosakan hidup secara lebih menyeluruh yang melibatkan orang lain yang tidak bersalah.


LAPORAN PENUH BERSIH 3.0


Tuesday, April 24, 2012

AMARAN IMAM SYAUKANI


IMAM ASY-SYAUKANI RAHIMAHULLAH (WAFAT:1250H) MEMBERI AMARAN DENGAN MENYATAKAN:

“Orang yang melakukan provokasi dan kekacauan (membakar emosi rakyat) untuk membenci pemerintah, mereka wajib diberi hukuman, maka yang diwajibkan adalah menghentikan perbuatannya (agar tidak timbul kekacauan). Jika mereka tidak juga berhenti dari melakukan kekacauan (provokasi tersebut), maka mereka berhak mendapat hukuman yang berat dan dipisahkan daripada orang-orang yang mereka provokasikan, sama ada dengan cara dipenjara atau selainnya.

Ini adalah kerana mereka telah melakukan suatu perkara yang sangat-sangat diharamkan dan dalam masa yang sama telah berusaha menebar fitnah yang berpotensi mengakibatkan pertumpahan darah serta mencemarkan kehormatan yang menodai harga diri. Provokasi seperti inilah yang menyebabkan seseorang keluar dari ketaatan terhadap pemerintah.”

(asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/942 – Maktabah Syamilah)


Tuesday, April 17, 2012

Pitih '$' PTN ?


Pakatan Rakyat ini hanya hidup dengan isu dan isu demi isu dibawa. Yang terbaru isu mansuh PTPTN. Agaknya jika tidak dilayan isu ini, sokongan hayat Pakatan Rakyat ini habis dengan sendirinya.
Bukanlah dikatakan Pakatan Rakyat, jika tiada isu yang dihamburkan ke persada politik tanah air. Istilah pilihanraya pun tidak pasti lagi bila tarikh yang akan menentukan hala tuju politik negara. Pembangkang yang sebelum ini menakluki 5 negeri dari BN, dengan bermacam janji-janji kosong. Dan terbaru, nampaknya isu pemansuhan PTPTN adalah di antara beberapa siri strategi Pakatan Rakyat untuk menghuru-harakan negara, khasnya mahasiswa ditarik ke kancah politik realiti. PTPTN kononnya menindas mahasiswa. Bagi mahasiswa yang beraliran songsang pembangkang Pakatan Rakyat ini bakal mengatakan bahawa 'PEMBANGKANG" sungguh baik hati, kerana 'platform' ini bakal memberikan fulus percuma dari kerajaan BN. Namun sebelum ingin menghapuskan PTPTN, apakata hapuskan dahulu yuran UNISEL - Selangor, INSANIAH - Kedah, KUIS - Selangor, atau yang paling mudah adalah PASTI - Tadika aliran anutan PAS?


Tuesday, April 10, 2012

DAULAT TUANKU



Suatu ketentuan?


Setiap hari telinga mendengar, mulut berbicara, mata memandang serta hati menilai akan perjalanan kehidupan politik tanah air. Sudah terang lagi bersuluh, bila hampir kepada pilihanraya, banyak 'gula-gula manis' mula ditaburkan demi meraih kuasa daripada titik peluh bergelar rakyat. Dalam erti kata, rakyat yang akan mengatur perjalanan sesebuah kuasa dengan menurunkan undian kepada bahtera parti yang membela hak mereka. Sedar ataupun tidak, semoga purnama tidak menjadi diambang gerhana dan sebaliknya sebuah lilin tidak akan pernah menjadi matahari, itulah hakikatnya. Isu-isu yang sudah ditong sampahkan mula dipungut semula untuk mengimarahkan lagi dendangan digendang telinga. Biarlah berpolitik dengan fakta disertakan dengan perbicaraan dengan beretika.

Tuesday, March 27, 2012

Memimpin dan dipimpin














Kepimpinan dijadikan teladan. Bijak dalam membawa hala tuju gerakan dan peka dengan aspek persekitaran cukup bagi meletakkan seseorang itu menjadi pemimpin. Lengkap dengan pendidikan dan berfikiran yang relevan akan membawa kesempurnan. Untuk memperkasakan semangat perjuangan dengan fikiran terbuka,rendah diri dapat mengembang setiap sayap yang kian jitu. Kuasa bukan ukur tapi pencaturan minda dan matlamat bangsa serta masa depan kita.

Monday, March 26, 2012

tadaaa..

touch up blog by.....??