Monday, May 21, 2012

IRSHAD MANJI HADIR KE MALAYSIA ATAS JEMPUTAN ANWAR IBRAHIM??

Kesinambungan dari pos sebelum ; benarkah ke ISLAM annya?

Selalunya, seseorang yang berpemikiran seperti Irshad Manji ini mempunyai pengalaman pahit dengan lelaki. Sama ada bapa yang abusive, suami yang mengecewakan, ustaz-ustaz yang menyakiti. Ia mempengaruhi paradigma hidupnya hingga semua yang ditentangnya mempunyai unsur lelaki.

Sama ada ulama lelaki, ustaz lelaki, musuh lelaki, kekasih lelaki... kelelakian itu wujud secara subliminal di belakang mindanya.

Agama hodoh di matanya kerana unsur male chauvinism.

Male Chauvinism adalah satu fitnah besar ke atas umat Islam kerana ia melahirkan manusia-manusia seperti Irshad Manji. Saya mengambil kes Irshad Manji ini sebagai peringatan kepada diri agar mempunyai empati yang lebih baik semasa berbicara tentang tanggungjawab-tanggungjawab beragama kepada bermasyarakat. Adakalanya kita boleh terlupa bahawa kita sedang berbicara dalam bahasa seorang LELAKI MUSLIM dan bukannya MUSLIM.

Orang Religious Scepticist seperti ini, hujah INTELEKTUAL tidak boleh dibalas dengan INTELEKTUAL. Ia hanya menambah ego. INTELEKTUAL beliau perlu dibalas dengan EMOTIONAL.


Buku “ Allah, Liberty, dan Love” oleh penulisnya Irshad Manji, seorang warganegara Canada merupakan aktivis feminis yang kini aktif menodai akidah ummat Islam. Hakikatnya, Irshad Manji bukan seorang reformer Islam melainkan seorang yang telah menodai ajaran agama Islam dan melecehkan Sayidina Rasulullah. (Dipetik dari Malaysiakini :"Hadis adalah ciptaan manusia. Undang-undang Islam juga ciptaan manusia" )


Irshad pernah mengarang buku yang menimbulkan kemarahan umat Islam di dunia yang berjudul “The Problem With Islam Today” yang mengandungi idealisme yang sama dengan Salman Rushdie, penulis novel “The Satanic Verses”. 


Jangan dilupa, Anwar Ibrahim juga pernah memuji penulis buku "The Satanic Verses" sebagai "profound writer" dalam majalah Asia Week, 11 November 1993. 

Wanita ini merupakan tokoh gay dan lesbian yang hendak membawa Islam kepada penghalalan gay dan lesbian di Malaysia. Kedatangan Irshad Manji dapat menimbulkan kesan negatif terhadap pemikiran dan tingkah laku ummat Muslim.

Memang tepat sekali Irshad Manji ini dihalang untuk membawa dakyah songsang ke negara ini. Kalau ditanya pada Ambiga dan Anwar mereka memang suka dengan Irshad Manji ini.

Are you a happy human?

Soalan untuk Irshad Manji jawab sebelum tidur di atas katilnya sendiri.

No comments:

Post a Comment