Wednesday, May 30, 2012

Skandal Rasuah Ass-min Ali


Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tersungkur ke tanah jua. Itulah perumpamaan Melayu yang sering terngiang-ngiang diminda untuk dijadikan sebagai pedoman hidup. Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih-lebih. Itulah yang berlaku kepada Timbalan Presiden Parti Kelentong Rakyat (PKR) Azmin Ali yang terlibat dalam  skandal rasuah  semasa beliau memegang jawatan selaku Setiausaha 'Sulit' kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada ketika itu DS Anuwar Ibrahim. Perkara ini dibongkar oleh RPK. Adakah pendedahan yang dilakukan RPK juga dibayar oleh BN/UMNO? (merujuk kepada mentaliti cara  berfikir ahli yang melawan arus)




Manusia yang dapat dikategorikan sebagai 'anak derhaka' kepada ibunya yang sudah tidak dijenguk untuk beberapa tempoh yang lama. Dalam institusi agama Islam, syurga berada di bawah telapak kaki ibu. Kita hanya mampu mendoakan agar manusia seperti ini kembali ke pangkal jalan yang diredhai Allah SWT.

Pada kesempatan ini, dilampirkan  bahan siasatan  yang dapat dijadikan bukti dari pihak Badan Pencegahan Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang telah membuat siasatan rapi terhadap skandal rasuah yang pernah melibatkan Timbalan Presiden PKR tersebut. Namun, dipercayai tidak ada apa-apa tindakan dikenakan terhadapnya. Adakah ini juga salah BN/UMNO kerana tidak lakukan sebarang tindakan ke atas manusia seperti itu?

No comments:

Post a Comment