Monday, June 25, 2012

DINAR OH DINAR


Sudah lama sangsi dengan pengeluaran DINAR EMAS oleh kerajaan PAS Kelantan, bukan kerana ia dibuat oleh PAS, bukan kerana politik, tetapi kerana CARA ia dikeluarkan, yakni menggunakan platform dagangan sistem kewangan kapitalis sedia ada untuk mengaut keuntungan dengan "mengecop" emas agar berbentuk syiling untuk dijual kepada rakyat yang ditipu dengan slogan Islamik. Tidak ubah seperti membeli barangan kemas yang diperbuat daripada emas. Tidak membawa apa-apa impak kepada sistem kewangan dan ekonomi umat Islam Kelantan pun. Inilah hakikatnya individu dalam parti PAS yang konon berkonotasikan kepada Islam memperbodoh-bodohkan rakyat demi menyahut perut mereka sendiri dengan menjadikan rakyat sebagai kambing hitam. Rakyat menjadi mangsa keadaan. Kerajaan PAS lena diulit mimpi di atas penderitaan rakyat.

Saturday, June 2, 2012

BAGAIMANA NANTI MEKANISMA RCI SABAH?

KERAJAAN bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Beliau berkata kerajaan komited untuk menangani isu itu yang menurutnya mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah.
"Adalah diharapkan warga negeri Sabah akan mengambil manfaat daripada penubuhan RCI ini dan bersama-sama Kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah berkaitan," katanya dalam satu kenyataan.

Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

"Jabatan Peguam Negara telah diamanahkan untuk mengemukakan cadangan Terma Rujukan (TOR) dan draf asas telah disediakan.

"Bagi memastikan perjalanan RCI kelak mengambil kira pandangan semua pihak, saya telah meminta Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada semua pihak berhubung draf awal TOR sebelum ia dimuktamadkan," katanya.

Perdana Menteri berkata penubuhan RCI tersebut merupakan manifestasi iltizam kerajaan dalam menjunjung prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Dilaporkan, jumlah pendatang asing tanpa izin di Sabah dianggarkan menjangkau 500,000 orang. (Bernama)