Saturday, May 19, 2012

Benarkah ke-ISLAM-annya?


Ingat lagikah kita tentang manusia yang bernama Amina Wadud. Suatu ketika sebelum ini, beliau pernah menggemparkan dunia khasnya di Malaysia. Dr Amina Wadud adalah satu contoh kesan klasik penindasan ras dan gender yang dilalui di Amerika Syarikat. Dr Aminah membesar di Maryland, di utara Washington DC dan melalui perit penindasan ini. Baginya Islam adalah satu jalan keluar. Tapi masih dalam roh sekular. Jalan keluar yang dialami dan dipelajarinya tidak menunjukkan Islam ini sesuai dengan sistem sekular Amerika Syarikat. Oleh itu beliau inginkan agar ruang untuk merubah amalan dan kaedah pemikiran Islam ini diubah mengikut masa dan apa yang popular di negaranya. Termasuk kahwin sejenis?? Berhubungan sejenis??

Dan sekarang, muncul satu lagi manusia Irshad Manji. Manusia yang berusaha untuk memesongkan akidah ummat Islam di Malaysia. Adakah beliau ni aktivis Islam atau aktivis wanita atau aktivis lesbian? Dan Siapa kata Kerajaan Malaysia RESTRICT FREEDOM OF SPEECH? Sekarang ini, Irsyad Manji di beri kebenaran untuk berucap di KL & Selangor Chinese Assembly Hall.


Sayangnya ramai termasuk Irshad Manji dan Dr Aminah lupa bahawa setiap gerak langkah dan tutur kata dari mulut Sayidina Rasulullah itu adalah keramat, yakni menjadi hukum dan amalan untuk mereka yang bersaksikan baginda sebagai Rasul dan Nabi akhir zaman. Ramai terlupa, Quran dan sunnah Rasulullah adalah ikutan sehinggalah hari kiamat. Ramai terleka kerana tenggelam dalam budaya dan denyutan nadi sistem sekular.
Mungkin kita juga perlu sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sebelum nyawa meninggalkan jasad kita.


No comments:

Post a Comment