Wednesday, May 23, 2012

Debat Perdana ?



Berhadapan dengan pembangkang adalah satu masalah besar. Pihak pembangkang akan mengkritik apa-apa yang telah dilakukan oleh kerajaan, manakala pihak kerajaan terpaksa menyebutkan hal-hal yang tidak dibuat oleh pembangkang. Pembangkang berjanji akan membuat sesuatu, kerajaan pula terpaksa menerima kritikan atas apa-apa kesilapan yang telah dibuat. Ertinya, dalam perbahasan politik, pihak yang belum berbuat apa-apa lebih selamat keadaan dan beruntung berbanding mereka yang telah melakukannya.


Namun bila kita saksikan bersama-sama dari cara pentadbiran yang dijalankan oleh negeri-negeri pakatan pada hari ini kita sudah nampak terlalu banyak kelemahan yang masih wujud walaupun hal-hal yang hanya melibatkan kerajaan negeri bukan hal negara.


Perlu diingatkan untuk membangkang terlalu mudah dengan menyalahkan orang itu dan ini tetapi apabila diberi ruang untuk memerintah 4 buah negeri, hampir 4 tahun tiada apa yang mereka mampu lakukan dengan asyik menuding jari kepada Barisan Nasional semata-mata, bagaimana pula jika mereka diberi peluang bermimpi untuk menakluki Putrajaya? Sudah semestinya 10 tahun pun masih menyalahkan Barisan Nasional. 


Ekoran dari permintaan Rafizi mengatas-namakan pakatan pembangkang, mengajak YAB Perdana Menteri untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang yang gilakan kerusi Perdana Menteri. Berkenaan perdebatan Pengarah Strategik Keadilan dengan YB Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, ternyata Rafizi lebih bersikap auta dibandingkan dengan fakta isu PTPTN. Inikan pula Ketua Pembangkang dengan YAB Perdana Menteri. Apapun keadaannya, pembangkang bukanlah dikatakan pembangkang jika mereka tidak membangkang apa-apa sahaja yang baik dilakukan Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat. Kalau sudah dasarnya adalah pembangkang maka tetap jiwa pembangkang juga akhirnya.


Pesanan dari penulis, cadangan kepada YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najid tidak perlulah berdebat dengan Ketua Pembangkang Malaysia, hanya mensia-siakan masa sahaja.

No comments:

Post a Comment