Tuesday, April 17, 2012

Pitih '$' PTN ?


Pakatan Rakyat ini hanya hidup dengan isu dan isu demi isu dibawa. Yang terbaru isu mansuh PTPTN. Agaknya jika tidak dilayan isu ini, sokongan hayat Pakatan Rakyat ini habis dengan sendirinya.
Bukanlah dikatakan Pakatan Rakyat, jika tiada isu yang dihamburkan ke persada politik tanah air. Istilah pilihanraya pun tidak pasti lagi bila tarikh yang akan menentukan hala tuju politik negara. Pembangkang yang sebelum ini menakluki 5 negeri dari BN, dengan bermacam janji-janji kosong. Dan terbaru, nampaknya isu pemansuhan PTPTN adalah di antara beberapa siri strategi Pakatan Rakyat untuk menghuru-harakan negara, khasnya mahasiswa ditarik ke kancah politik realiti. PTPTN kononnya menindas mahasiswa. Bagi mahasiswa yang beraliran songsang pembangkang Pakatan Rakyat ini bakal mengatakan bahawa 'PEMBANGKANG" sungguh baik hati, kerana 'platform' ini bakal memberikan fulus percuma dari kerajaan BN. Namun sebelum ingin menghapuskan PTPTN, apakata hapuskan dahulu yuran UNISEL - Selangor, INSANIAH - Kedah, KUIS - Selangor, atau yang paling mudah adalah PASTI - Tadika aliran anutan PAS?


No comments:

Post a Comment