Wednesday, May 23, 2012

Debat Perdana ?



Berhadapan dengan pembangkang adalah satu masalah besar. Pihak pembangkang akan mengkritik apa-apa yang telah dilakukan oleh kerajaan, manakala pihak kerajaan terpaksa menyebutkan hal-hal yang tidak dibuat oleh pembangkang. Pembangkang berjanji akan membuat sesuatu, kerajaan pula terpaksa menerima kritikan atas apa-apa kesilapan yang telah dibuat. Ertinya, dalam perbahasan politik, pihak yang belum berbuat apa-apa lebih selamat keadaan dan beruntung berbanding mereka yang telah melakukannya.


Namun bila kita saksikan bersama-sama dari cara pentadbiran yang dijalankan oleh negeri-negeri pakatan pada hari ini kita sudah nampak terlalu banyak kelemahan yang masih wujud walaupun hal-hal yang hanya melibatkan kerajaan negeri bukan hal negara.


Perlu diingatkan untuk membangkang terlalu mudah dengan menyalahkan orang itu dan ini tetapi apabila diberi ruang untuk memerintah 4 buah negeri, hampir 4 tahun tiada apa yang mereka mampu lakukan dengan asyik menuding jari kepada Barisan Nasional semata-mata, bagaimana pula jika mereka diberi peluang bermimpi untuk menakluki Putrajaya? Sudah semestinya 10 tahun pun masih menyalahkan Barisan Nasional. 


Ekoran dari permintaan Rafizi mengatas-namakan pakatan pembangkang, mengajak YAB Perdana Menteri untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang yang gilakan kerusi Perdana Menteri. Berkenaan perdebatan Pengarah Strategik Keadilan dengan YB Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, ternyata Rafizi lebih bersikap auta dibandingkan dengan fakta isu PTPTN. Inikan pula Ketua Pembangkang dengan YAB Perdana Menteri. Apapun keadaannya, pembangkang bukanlah dikatakan pembangkang jika mereka tidak membangkang apa-apa sahaja yang baik dilakukan Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat. Kalau sudah dasarnya adalah pembangkang maka tetap jiwa pembangkang juga akhirnya.


Pesanan dari penulis, cadangan kepada YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najid tidak perlulah berdebat dengan Ketua Pembangkang Malaysia, hanya mensia-siakan masa sahaja.

Monday, May 21, 2012

IRSHAD MANJI HADIR KE MALAYSIA ATAS JEMPUTAN ANWAR IBRAHIM??

Kesinambungan dari pos sebelum ; benarkah ke ISLAM annya?

Selalunya, seseorang yang berpemikiran seperti Irshad Manji ini mempunyai pengalaman pahit dengan lelaki. Sama ada bapa yang abusive, suami yang mengecewakan, ustaz-ustaz yang menyakiti. Ia mempengaruhi paradigma hidupnya hingga semua yang ditentangnya mempunyai unsur lelaki.

Sama ada ulama lelaki, ustaz lelaki, musuh lelaki, kekasih lelaki... kelelakian itu wujud secara subliminal di belakang mindanya.

Agama hodoh di matanya kerana unsur male chauvinism.

Male Chauvinism adalah satu fitnah besar ke atas umat Islam kerana ia melahirkan manusia-manusia seperti Irshad Manji. Saya mengambil kes Irshad Manji ini sebagai peringatan kepada diri agar mempunyai empati yang lebih baik semasa berbicara tentang tanggungjawab-tanggungjawab beragama kepada bermasyarakat. Adakalanya kita boleh terlupa bahawa kita sedang berbicara dalam bahasa seorang LELAKI MUSLIM dan bukannya MUSLIM.

Orang Religious Scepticist seperti ini, hujah INTELEKTUAL tidak boleh dibalas dengan INTELEKTUAL. Ia hanya menambah ego. INTELEKTUAL beliau perlu dibalas dengan EMOTIONAL.


Buku “ Allah, Liberty, dan Love” oleh penulisnya Irshad Manji, seorang warganegara Canada merupakan aktivis feminis yang kini aktif menodai akidah ummat Islam. Hakikatnya, Irshad Manji bukan seorang reformer Islam melainkan seorang yang telah menodai ajaran agama Islam dan melecehkan Sayidina Rasulullah. (Dipetik dari Malaysiakini :"Hadis adalah ciptaan manusia. Undang-undang Islam juga ciptaan manusia" )


Irshad pernah mengarang buku yang menimbulkan kemarahan umat Islam di dunia yang berjudul “The Problem With Islam Today” yang mengandungi idealisme yang sama dengan Salman Rushdie, penulis novel “The Satanic Verses”. 


Jangan dilupa, Anwar Ibrahim juga pernah memuji penulis buku "The Satanic Verses" sebagai "profound writer" dalam majalah Asia Week, 11 November 1993. 

Wanita ini merupakan tokoh gay dan lesbian yang hendak membawa Islam kepada penghalalan gay dan lesbian di Malaysia. Kedatangan Irshad Manji dapat menimbulkan kesan negatif terhadap pemikiran dan tingkah laku ummat Muslim.

Memang tepat sekali Irshad Manji ini dihalang untuk membawa dakyah songsang ke negara ini. Kalau ditanya pada Ambiga dan Anwar mereka memang suka dengan Irshad Manji ini.

Are you a happy human?

Soalan untuk Irshad Manji jawab sebelum tidur di atas katilnya sendiri.

Saturday, May 19, 2012

DS Anwar Ibrahim adalah FREEMASON!

Dengan beberapa bukti yang ada, cukup kita menilai siapa dia Ketua Pembangkang Malaysia DS Anwar Ibrahim. Yang selama ini menafikan penglibatannya dengan yahudi laknatullah alaihi. 


Disertakan sekali beberapa laman sawang yang dapat dijadikan panduan untuk membuktikan Ketua Pembangkang Malaysia adalah dari organisasi gerakan bawah tanah yahudi laknatullah alaihi dalam bahasa arabnya " المـاسونية " atau Free-Mason.





Kenali lah musuh sebenar kita, agar tiada lagi pengkhianat di kalangan kita ummat ISLAM di Malaysia. Yang sanggup menggadaikan maruah agama dan bangsanya. Manusia seperti inikah diagung-agungkan oleh mereka?

BERSIH 3.0 Video Najib dimalukan di London


Bukan rasis atau membenci kaum lain, bahkan mempunya ramai kawan bangsa asing dan boleh hidup dan bergaul baik dengan mereka ini. Dulu mereka tidak biadab dan mereka boleh menerima keadaan kehidupan yang bertoleransi dan menghormati kaum Bumiputera sebagai kaum yang sedikit istimewa kerana tidak ada apa yang merugikan mereka. Tidak ada undang-undang yang meletakkan mereka di kelas yang sukar, sukar untuk anak anak merekan maju dalam pelajaran mahu pun sukar untuk mereka mencari kekayaan hidup. Malah mereka adalah rakyat yang bahagia yang memiliki keistimewaan kekuatan ekonomi dan hidup dalam masyarakat majmuk tidak menjadi masalah bagi mereka.


Hari ini ada kalangan mereka yang  kurang ajar kerana ada  kaum bumiputera yang membuka landasan istimewa untuk mereka dan membenarkan mereka berkongsi hak istimewa kaum bumiputera dan kini mereka nampak mereka boleh menjadi lebih istimewa dari bumiputera dan  mereka boleh menuntut hak sama rata dengan bumiputera malahan mahu lebih dari apa yang patut diperolehi kerana sikap kaum bumiputera yang mahu menghancurkan dan menggadaikan hak istimewa itu untuk menjadi pemerintah. Sanggup menghapuskan sistem beraja hanya kerana mahu jadi tuan Perdana Menteri Malaysia .

Lihat betapa  biadab rakyat Malaysia kaum itu di London dalam program PM. SYABAS PAS PKR DAN DAP  YANG  BERSUSAH PAYAH MELAHIRKAN RAKYAT BIADAB INI.




Benarkah ke-ISLAM-annya?


Ingat lagikah kita tentang manusia yang bernama Amina Wadud. Suatu ketika sebelum ini, beliau pernah menggemparkan dunia khasnya di Malaysia. Dr Amina Wadud adalah satu contoh kesan klasik penindasan ras dan gender yang dilalui di Amerika Syarikat. Dr Aminah membesar di Maryland, di utara Washington DC dan melalui perit penindasan ini. Baginya Islam adalah satu jalan keluar. Tapi masih dalam roh sekular. Jalan keluar yang dialami dan dipelajarinya tidak menunjukkan Islam ini sesuai dengan sistem sekular Amerika Syarikat. Oleh itu beliau inginkan agar ruang untuk merubah amalan dan kaedah pemikiran Islam ini diubah mengikut masa dan apa yang popular di negaranya. Termasuk kahwin sejenis?? Berhubungan sejenis??

Dan sekarang, muncul satu lagi manusia Irshad Manji. Manusia yang berusaha untuk memesongkan akidah ummat Islam di Malaysia. Adakah beliau ni aktivis Islam atau aktivis wanita atau aktivis lesbian? Dan Siapa kata Kerajaan Malaysia RESTRICT FREEDOM OF SPEECH? Sekarang ini, Irsyad Manji di beri kebenaran untuk berucap di KL & Selangor Chinese Assembly Hall.


Sayangnya ramai termasuk Irshad Manji dan Dr Aminah lupa bahawa setiap gerak langkah dan tutur kata dari mulut Sayidina Rasulullah itu adalah keramat, yakni menjadi hukum dan amalan untuk mereka yang bersaksikan baginda sebagai Rasul dan Nabi akhir zaman. Ramai terlupa, Quran dan sunnah Rasulullah adalah ikutan sehinggalah hari kiamat. Ramai terleka kerana tenggelam dalam budaya dan denyutan nadi sistem sekular.
Mungkin kita juga perlu sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sebelum nyawa meninggalkan jasad kita.


Friday, May 4, 2012

Bongkar Kesesatan dan bahaya fahaman Sesat SYIAH..!!

Saban hari telinga, mata serta mulut kita sentiasa dimomokkan dengan isu-isu yang tiada berkesudahan berkaitan dunia politik tanah air. Sesekali beralih tentang keagamaan. Kita kurang peka ada gerakan yang sedang menghancurkan kubu aqidah kita pegangan Al Quran dan Hadis. Yang dimaksudkan di sini adalah gerakan fahaman Wahabi dan Syiah. Dua fahaman ini ibarat anai-anai yang bakal menghancurkan kedamaian umat Islam di seluruh dunia. Fahaman Syiah semakin berani menonjolkan diri walaupun kerajaan sudah memfatwakan fahaman Syiah adalah sesat. Pada kali ini, sama-sama kita melihat serta menilai siri pembongkaran fahaman sesat Syiah. Semoga video ini bermanfaat kepada pencari kebenaran. Awasilah anak-anak anda daripada terjebak di dalam gejala ajaran fahaman sesat Syiah, semoga dengan usaha ini sama-sama membenteras ajaran SYIAH daripada menular di dalam negara kita yang tercinta ini.


Sebar-sebarkan...



Thursday, May 3, 2012

BERSIH 3.0 ??


Pemberontakkan atau bughah merupakan suatu perbuatan yang sangat bercanggah dengan ajaran yang disarankan oleh Islam. Berdasarkan hadis serta pandangan para ulama, umat Islam digesa supaya mengelakkan diri daripada perbuatan bughah sebaliknya berusaha mewujud dan melindungi maslahat umum daripada perbuatan yang merosakkan keharmonian hidup mereka. Perbuatan bughah dari sudut Islam adalah sama nilainya dengan kesalahan jenayah lain malah ia lebih merbahaya kerana ia akan mengheret masyarakat kepada kerosakan hidup secara lebih menyeluruh yang melibatkan orang lain yang tidak bersalah.


LAPORAN PENUH BERSIH 3.0