Tuesday, April 24, 2012

AMARAN IMAM SYAUKANI


IMAM ASY-SYAUKANI RAHIMAHULLAH (WAFAT:1250H) MEMBERI AMARAN DENGAN MENYATAKAN:

“Orang yang melakukan provokasi dan kekacauan (membakar emosi rakyat) untuk membenci pemerintah, mereka wajib diberi hukuman, maka yang diwajibkan adalah menghentikan perbuatannya (agar tidak timbul kekacauan). Jika mereka tidak juga berhenti dari melakukan kekacauan (provokasi tersebut), maka mereka berhak mendapat hukuman yang berat dan dipisahkan daripada orang-orang yang mereka provokasikan, sama ada dengan cara dipenjara atau selainnya.

Ini adalah kerana mereka telah melakukan suatu perkara yang sangat-sangat diharamkan dan dalam masa yang sama telah berusaha menebar fitnah yang berpotensi mengakibatkan pertumpahan darah serta mencemarkan kehormatan yang menodai harga diri. Provokasi seperti inilah yang menyebabkan seseorang keluar dari ketaatan terhadap pemerintah.”

(asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/942 – Maktabah Syamilah)


Tuesday, April 17, 2012

Pitih '$' PTN ?


Pakatan Rakyat ini hanya hidup dengan isu dan isu demi isu dibawa. Yang terbaru isu mansuh PTPTN. Agaknya jika tidak dilayan isu ini, sokongan hayat Pakatan Rakyat ini habis dengan sendirinya.
Bukanlah dikatakan Pakatan Rakyat, jika tiada isu yang dihamburkan ke persada politik tanah air. Istilah pilihanraya pun tidak pasti lagi bila tarikh yang akan menentukan hala tuju politik negara. Pembangkang yang sebelum ini menakluki 5 negeri dari BN, dengan bermacam janji-janji kosong. Dan terbaru, nampaknya isu pemansuhan PTPTN adalah di antara beberapa siri strategi Pakatan Rakyat untuk menghuru-harakan negara, khasnya mahasiswa ditarik ke kancah politik realiti. PTPTN kononnya menindas mahasiswa. Bagi mahasiswa yang beraliran songsang pembangkang Pakatan Rakyat ini bakal mengatakan bahawa 'PEMBANGKANG" sungguh baik hati, kerana 'platform' ini bakal memberikan fulus percuma dari kerajaan BN. Namun sebelum ingin menghapuskan PTPTN, apakata hapuskan dahulu yuran UNISEL - Selangor, INSANIAH - Kedah, KUIS - Selangor, atau yang paling mudah adalah PASTI - Tadika aliran anutan PAS?


Tuesday, April 10, 2012

DAULAT TUANKU



Suatu ketentuan?


Setiap hari telinga mendengar, mulut berbicara, mata memandang serta hati menilai akan perjalanan kehidupan politik tanah air. Sudah terang lagi bersuluh, bila hampir kepada pilihanraya, banyak 'gula-gula manis' mula ditaburkan demi meraih kuasa daripada titik peluh bergelar rakyat. Dalam erti kata, rakyat yang akan mengatur perjalanan sesebuah kuasa dengan menurunkan undian kepada bahtera parti yang membela hak mereka. Sedar ataupun tidak, semoga purnama tidak menjadi diambang gerhana dan sebaliknya sebuah lilin tidak akan pernah menjadi matahari, itulah hakikatnya. Isu-isu yang sudah ditong sampahkan mula dipungut semula untuk mengimarahkan lagi dendangan digendang telinga. Biarlah berpolitik dengan fakta disertakan dengan perbicaraan dengan beretika.